Ternyata kehangatan perlawanan 'Derby' antara musuh setempat iaitu Manchester United vs Manchester City memang amat membara..
Perlawanan tersebut amat sengit apabila Manchester City berjaya melakukan 'Come Back' apabila ketinggalan 0-2 kepada Manchester United hasil jaringan Wayne Rooney.
Setelah Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol buat pasukan Manchester United..Yaya Toure berjaya merapatkan kedudukan dan seterusnya menaikkan semangat pemain Man City untuk menghasilkan gol penyamaan.
Usaha tersebut ternyata tidak sia-sia apabila Kolarov berjaya menghasilkan gol penyama buat Man City.Namun,Man City tidak berjaya memperoleh satu mata apabila penyerang prolifik Manchester United iaitu Robin Van Persie berjaya meledak gol kemenangn ketika masa tambahan melalui sepakan percuma yang berjaya mengelirukan Joe Hart.
Perlawanan tersebut bukan sahaja hebat dalam masa permainan namun.Namun gelagat penyokong juga membuatkan pemain-pemain tidak duduk senang.
Pada pertembungan tersebuat Rio Ferdinand dikatakan meraikan gol kemenangn Man United secara berlebihan dan ini menyebabkan penyokong Man City bertindak membaling objek dan mengakibatkan kepalanya berdarah.
Seterusnya.salah seorang penyokong Man City telah masuk ke padang dan cuba untuk menyerang Rio Ferdinand namun admin tabik dengan sikap Joe Hart yang menyekat penyokong tersebut daripada menyerang pemain pertahan Man United tersebut..
0 ulasan:
Catat Ulasan