Safee Sali. Satu nama yang cukup "meletop" semasa Piala AFF Suzuki 2010 sehinggakan beliau menarik minat kelab luar negara utk mendapatkan khidmat beliau.
Selepas dua tahun berlalu, kini aksi beliau dalam Piala AFF Suzuki 2012 tidaklah sehebat dulu. Penyudah beliau cukup tumpul walaupun deretan peluang terhidang. Admin berpendapat, "mungkin" Safee Sali sedikit kekok beraksi tempo dan corak permainan Malaysia selepas dua musim beraksi di Liga Indonesia. Beliau masih hebat, tetapi "tuah" seakan tidak begitu menyebelahi beliau.
Admin berpandangan, Safee Sali perlu "pulang" beraksi dalam Liga Malaysia musim depan jika beliau mahu mengembalikan sentuhan berbisa beliau. Di tambah pula, suasana Liga Indonesia sekarang yang tidak lagi "aman" seperti dahulu. Adalah lebih baik, beliau beraksi di Liga Malaysia. Bukan tidak ada pasukan di Liga Malaysia yang hebat.
Dengan umur beliau yang cukup matang, dengan bersandarkan pengalaman dua musim di Liga Indonesia, kini sudah masanya Safee kembali ke Malaysia. Bukan Piala Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia yang perlu menjadi sasaran beliau. Tetapi Piala AFC, yang belum pernah lagi dijulang oleh mana-mana pasukan di Malaysia. Fikir-fikirkanlah Safee.... :)
0 ulasan:
Catat Ulasan