Pages

Kapten Vermaelen



Menurut kapten Thomas Vermaelen, Arsenal masih tekun dalam perjuangan untuk mengembali ke tempat empat teratas Liga Perdana Barclays.
Pasukan Gunners terikat seri 1-1 di Everton pada malam Rabu setelah mendapat kelebihan melalui Theo Walcott hanya untuk membenarkan Marouane Fellaini menyamakan kedudukan.
Setelah gagal menewaskan Aston Villa pada hujung minggu, Arsenal ketinggalan di tempat ke tujuh dengan jarak lima mata di belakang West Brom dan Chelsea yang sedang berada di tempat ketiga.
Pemain pertahanan, Vermaelen menegaskan bahawa pasukan telah menonjolkan tanda-tanda untuk lebih menyerang setelah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan berturut-turut.
"Dalam segi mental, pasukan tiada mempunyai sebarang masalah," Vermaelen berkata kepada Arsenal Player.

"Semua orang sedang berusaha sedaya upaya dan tiada siapa yang sedang leka. Saya mengharapkan usaha kami dapat membuahkan hasil dan pada masa ini, saya gembira dengan sikap pasukan."
Vermaelen turut menerima kenyataan bahawa mereka perlu memperbaiki sebelum berkunjung ke Swansea pada hari Sabtu.
"Dalam minit pertama, kami telah menjaringkan gol dan setelah kami berjaya menguasai, kami telah melepaskan terlalu banyak peluang akibat leka mengawal bola jadi ia amat mengecewakan," beliau ebrkata.
"Kami lebih mengancam dalam babak kedua tetapi tidak mampu mengukir kecukupan peluang.
"Kami berjaya memungut satu mata. Namun, saya kurang pasti jika kami patut bergembira dengan keputusan itu atau tidak."
Walcott telah membantu pasukan Gunners mendahului dalam 52 saat awal perlawanan yang juga merupakan kali ke empat beliau telah disertakan dalam kesebelasan pasukan dalam saingan liga musim ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
HOT NEWS